Header Ads

Jamal sakit, Najib rayu beri keadilan kepadanya sebelum heret ke mahkamah


Pihak polis telah mengeluarkan waran tangkap terhadap Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos,48, setelah gagal hadir ke mahkamah Majistret Ampang Jaya, semalam di Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri.

Sinar Harian melaporkan menurut Jamal, dia sedang dirawat kerana demam campak sejak Isnin lalu dan akan memberi kerjasama penuh kepada polis.

Loading...


Sementara itu bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sempat meluangkan masa melawat Jamal di hospital berharap pihak berkuasa akan bertindak mengikut ‘rule of law’ ke atas individu yang benar-benar sakit.

“Bagi kes-kes sebegini, sewajarnya tidak perlu melalui proses keadilan di mahkamah. Ini amat penting, kita mesti menunjukkan setiap rakyat tidak kira sama ada pihak pembangkang atau kerajaan, semuanya harus mendapat keadilan, baru orang akan menghormati sistem yang wujud di negara ini,” katanya.


“Saya dapat mengesahkan bahawa Datuk Jamal menghidap demam campak (chicken pox) pada peringkat awal dan saya lihat bintik-bintik di belakangnya telah pun timbul dan memang ada MC (cuti sakit) yang sahih daripada hospital kerajaan,” katanya seperti dipetik portal Malaysia Gazette.

Najib turut menegaskan, tidak sewajarnya mana-mana pihak mempersoalkan tahap kesihatan Jamal yang telah menjalani saringan kesihatan oleh Klinik Kesihatan Ampang milik kerajaan.

“Oleh itu tidak ada sesiapa patut menyangkal bahawa Datuk Jamal perlu dirawati di hospital untuk tempoh waktu tertentu, barulah orang akan menghormati sistem yang wujud dalam negara kita.

Pada masa sama, Najib turut berdoa agar Jamal cepat sembuh dan akan mendapat pertimbangan perikemanusiaan yang sewajarnya,” katanya. - Malaysian Update



Loading...