Header Ads

Isu statut Rom, Jemaah menteri buat keputusan ikut prosedur

    Foto sumber internet

KUALA LUMPUR - Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah menjelaskan jemaah menteri telah membuat keputusan mengikut prosedur yang betul dalam proses meratifikasi Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).

Beliau berkata, jemaah menteri juga telah membuat keputusan berdasarkan peruntukan Perlembagaan Persekutuan dalam menandatangani perjanjian antarabangsa.

Loading...

"Oleh itu, dari segi proses membuat keputusan, jemaah menteri telah membuat keputusan mengikut prosedur yang betul dan proses meratifikasi Statut Rom tidak perlu dibuat melalui Parlimen," katanya dalam kenyataan, malam ini.

Saifuddin berkata, sejak dahulu lagi, terdapat lebih seratus triti dan konvensyen antarabangsa yang diratifikasi tanpa melalui proses Parlimen.

"Malangnya, ada pihak yang sengaja menyalah tafsir Statut Rom, termasuk soal merujuk kepada Yang di-Pertuan Agong atau Majlis Raja-Raja dengan memberikan nasihat atau pendapat yang tidak tepat dan mengetepikan fakta dan hujah yang rasional," katanya.


Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, hari ini mengumumkan Malaysia akan menarik diri daripada Statut Rom berikutan kekeliruan yang timbul dari segi politik dan dalam kalangan masyarakat, sambil menegaskan bahawa keputusan itu dibuat bukan disebabkan statut itu membahayakan negara.

Saifuddin, yang menyokong penuh pendirian Dr Mahathir dalam perkara itu, menegaskan pentadbiran PH akan terus berpegang teguh kepada prinsip Raja Berpelembagaan dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan. - Bernama

No comments


Loading...