Header Ads

Istana Pahang tarik balik pingat Gnanaraja 13 Mac lepas


Istana Pahang telah menarik balik kurniaan darjah kebesaran Sultan Ahmad Shah Yang Amat Di Mulia Peringkat Pertama Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran ‘Datuk Seri’ daripada ahli perniagaan G Gnanaraja berkuat kuasa 13 Mac lepas.


Loading...
Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak yang dihubungi Bernama hari ini..

Menurut surat bertarikh 13 Mac itu, Gnanaraja yang dianugerahi pingat berkenaan pada 19 Mac 2014 di Istana Pahang, Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur tidak dibenar menggunakan gelaran tersebut berkuat kuasa dari tarikh sama.

Lelaki berkenaan turut diminta mengembalikan darjah kebesaran yang diterima itu ke Bahagian Istiadat dan Pengurusan Majlis Rasmi, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang.

Gnanaraja yang merupakan pengarah urusan sebuah syarikat, hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas tiga pertuduhan menipu pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas.

- Bernama

No comments


Loading...