Header Ads

Dulu Najib sekat media, sekarang mahu perbicaraan secara 'live'

   Foto sumber internet 

KUALA LUMPUR, 1 Apr — Beberapa pemimpin Pakatan Harapan (PH) tidak bersetuju dengan cadangan supaya perbicaraan kes melibatkan Datuk Seri Najib Razak disiar secara langsung.

Menggelarkan bekas perdana menteri “haprak”, bekas timbalan presiden PKR Syed Husin Ali mengingatkan Najib dulu bermati-matian menghalang media buat laporan perbicaraan kesnya.

Loading...

“Dulu sampai pergi mahkamah untuk sekat bicara dia dilapor media. Kini nak bicaranya dilapor ‘live’ pula konon agar awam tahu kebenaran. Haprak,” tulisnya di Twitter semalam.

Bulan lalu, Najib memohon mahkamah untuk menghalang orang ramai dan media membincangkan kes jenayah dana SRC International Sdn Bhd melibatkan pertuduhan ke atas dirinya.

Pada Julai tahun lalu, bekas presiden Umno melalui peguamnya Tan Sri Mohammad Shafee Abdullah meminta mahkamah agar menghalang laporan media terhadap merit kes tersebut.


Sementara itu, setiausaha politik Lim Kit Siang berpandangan perbicaraan secara langsung kes berkenaan hanya menjadikan prosiding mahkamah menjadi tempat pertunjukan jenaka.

“Mahkamah adalah tempat yang serius, bukan teater,” kata Syahredzan Johan yang juga seorang peguam.

Semalam, timbalan perdana menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail juga berkata siaran langsung bakal menjadikan perbicaraan kes Najib seperti pertunjukan sarkas.

Sebaliknya, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyokong perbicaraan kes tersebut disiar secara langsung supaya rakyat tahu berapa banyak wang telah Najib curi.

No comments


Loading...