‘Dua pasukan BNM serbu Ambank pada hari sama’

0
44

Pengurus Bank Negara Malaysia (BNM) memberitahu Mahkamah
Tinggi di Kuala Lumpur hari ini bahawa dua pasukan dari BNM telah membuat
serbuan di Ambank Jalan Raja Chulan, untuk mendapatkan dokumen berhubung
obligasi pelaburan.
Azizul Adzani Abdul Ghafar berkata beliau bersama pasukannya
membuat serbuan dari 9 pagi hingga 11 pagi pada 16 Julai 2015 dan beliau turut
berada di situ sehingga 9 malam kerana menunggu satu pasukan lagi membuat
serbuan di bank itu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Beliau bagaimanapun tidak pasti sama ada terdapat pasukan
lain selain dua pasukan itu yang membuat serbuan di bangunan tersebut pada hari
yang sama.
Saksi pendakwaan kedua berkenaan berkata demikian semasa
disoal balas peguam Harvinderjit Singh yang mewakili Najib Razak pada
perbicaraan bekas perdana menteri itu yang masuk hari ketiga hari ini.
Harvinderjit: Setuju dengan cadangan saya, ada satu lagi
pasukan yang melakukan serbuan di bank itu pada hari sama?
Azizul Adzani: Setuju


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Harvinderjit: Jadi daripada 9 pagi sehingga 9 malam, anda
masih di Ambank?
Azizul Adzani: Benar
Harvinderjit: Hanya untuk dapatkan lapan folder (fail) dan
tiga sampul surat?
Azizul Adzani: Lapan folder dan tiga sampul dapatkan waktu
pagi. Selepas tu saya tunggu pasukan lain lakukan penggeledahan di tempat lain
di Ambank.
Harivinderjit: Siapa dalam pasukan itu?
Azizul Adzani: Saya tidak ingat, tidak semua pegawai di
jabatan terlibat. Kami memang akan tunggu sehingga pasukan lain di Ambank
jalankan tugas.
Harvinderjit: Pada pagi itu, selain dari terima arahan
berkenaan akaun, tuan juga dimaklumkan akan ada pasukan lain buat serbuat di
bangunan Ambank tetapi di bahagian lain di bangunan sama?
Azizul Adzani: Setuju
Ditanya peguam itu mengenai kenderaan yang digunakan semasa
melakukan serbuan itu Azizul Adzani berkata: “antara tiga atau empat buah
kenderaan”


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Najib, 66, berdepan tiga pertuduhan pecah amanah, satu
pertuduhan salah guna kedudukan dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram
membabitkan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.
Prosiding di Harapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali sedang
berlangsung.
– Bernama

PERINGATAN: Malaysian Update tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.

Loading...
loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here