Header Ads

‘Dana asing tidak tertakluk cukai’ - Najib


Dana yang bersumber luar negara tidak tertakluk untuk dikenakan cukai mengikut sistem perundangan negara, kata Datuk Seri Najib Razak.

“Pertama sekali, sumbangan politik termasuk dari Kementerian Kewangan Arab Saudi tidak tertakluk atau dikenakan cukai di bawah undang-undang,” katanya di Facebook, lapor projek MM.


Loading...
“Kedua, sebagaimana ia pengetahuan umum, pendapatan diperolehi dari negara luar adalah tidak dikenakan cukai seperti di bawah undang-undang percukaian,” katanya.

Bekas perdana menteri hari ini mengulas laporan media yang menyebut beliau perlu membayar RM1.5 bilion cukai tambahan berikutan penerimaan berbilion dana asing.

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menuntut cukai tambahan sebanyak RM1.5 bilion bermula 2011 hingga 2017, lapor The Edge Financial Daily.

Memetik sumber, Najib didakwa tidak mengisytihar harta kira-kira RM4 bilion termasuk RM2.6 bilion yang dikatakan pemberian kerajaan Arab Saudi.

No comments


Loading...