Header Ads

Bicara Najib, ini antara fakta yang perlu diketahui


KUALA LUMPUR, 3 April — Datuk Seri Najib Razak akhirnya berdepan perbicaraan yang ditunggu-tunggu membabitkan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) petang ini.

Berikut beberapa perkara yang perlu diketahui berkaitan kes rasuah RM42 juta dana, kononnya dimiliki SRC International Sdn Bhd, bekas anak syarikat 1MDB.

Loading...

Siapa Najib Razak?

Najib, 65, anak bekas perdana menteri Tun Abdul Razak Hussein. Beliau menjadi anggota parlimen termuda pada usia 22 tahun dan menjadi menteri besar Pahang pada usia 30 tahun.

Hari ini adalah ulang tahun ke-10, Najib mengangkat sumpah sebagai perdana menteri pada 3 April 2009, merangkap menteri kewangan hingga 2018.

Beliau adalah bekas perdana menteri yang pertama di Malaysia diheret ke muka pengadilan atas didakwa melakukan jenayah.


Memiliki kucing bernama Kiky, suami Datin Seri Rosmah Mansor menganggap dirinya sebagai “King of Trolls” dan kini terkenal dengan ungkapan “Malu Apa Bossku”.

Pertuduhan

Antara 4 Julai 2018 hingga 8 Ogos 2018, Najib didakwa atas tujuh pertuduhan membabitkan wang bernilai RM42 juta. Tiga pertuduhan melibatkan kes pecah amanah dana SRC International.

Satu pertuduhan melibatkan penyalahgunaan kuasa untuk melakukan rasuah manakala tiga lagi disiasat mengenai penggubalan wang haram.

Lengahkan bicara?

Bergantung kepada siapa soalan itu diajukan. Bagi pendakwa, Najib menggunakan taktik melengahkan prosiding perbicaraan dari bermula lebih awal.

Peguam Najib pula bertegas mereka tidak melewatkan perbicaraan dan penangguhan diberi berikutan banyak permohonan difail pendakwa.

Akhirnya, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan tanggal, 3 April 2019, sebagai tarikh perbicaraan.

Perjalanan panjang

Bernama melaporkan Peguam Negara Tommy Thomas akan memulakan prosiding dengan kenyataan pembukaan disusuli keterangan saksi pertama pendakwaan.

Tiga saksi utama termasuk pegawai kerajaan dan jurubank bakal memberi keterangan. Semua dijangka memberi keterangan sepanjang prosiding hari ini.

Lebih 60 saksi bakal memberi keterangan, dalam perbicaraan yang diketuai Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazal

Kes-kes lain

Selain kes dana RM42 juta dari SRC International, Najib berdepan 25 pertuduhan berkaitan lebih RM2 billion dana 1MDB.

Bekas perdana menteri juga berdepan enam pertuduhan kes pecah amanah dana kerajaan membabitkan RM6.64 billion.

Bagi tarikh kes skandal 1MDB (15 April hingga 3 Mei), perbicaraan kes RM42 juta didengar dahulu tapi tarikh belum dimuktamad.

Baru-baru ini Mahkamah Tinggi menetap untuk mendengar kes RM42 juta namun masih belum menetapkan tarikh perbicaraan.

No comments


Loading...