Perdana Menteri yang juga Pengerusi Bersatu berkata, keputusan menubuhkan Bersatu di Sabah sebaliknya akan memberi sokongan penuh kepada Warisan biarpun parti itu bukan dalam gabungan Pakatan Harapan.

Loading...

"Kita membantu kerajaan Sabah walaupun Bersatu ada jumlah sokongan besar (di Sabah) dan bukanlah niat kita gulingkan kerajaan negeri Sabah.
"Niat kita supaya Bersatu di Sabah ini menjadi lebih besar dan membantu kerajaan pusat dan negeri supaya kita punyai kerajaan yang kukuh dan kuat," katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran Bersatu Sabah di sini hari ini.

Selain itu, Mahathir berkata,  Bersatu juga tiada hasrat untuk mendapatkan jawatan dalam Kabinet Negeri Sabah. - Bernama