Header Ads

Belanja RM140 juta, gaji lebih 2juta ; Anwar mahu penjelasan dari Isa Samad

    Foto sumber internet


KUALA LUMPUR, 10 April — Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa bekas pengerusi Felda menjelaskan perbelanjaan RM140 juta termasuk lawatan ke luar negara bersama keluarga.

Loading...

Presiden PKR turut meminta penjelasan sama ada Tan Sri Mohd Isa Samad menerima pendapatan dan alaun lebih RM2 juta setahun, lapor The Star.
“Saya juga mahu tahu sama ada pengerusi Felda dan FGV berbelanja RM140 juta untuk kerja pada 2014 yang tidak logik dan tidak masuk akal.
“Saya mahukan penjelasan,” kata ahli Parlimen Port Dickson semasa berucap di Dewan Rakyat hari ini.

Anwar berkata peneroka terpaksa membayar hutang tinggi disebabkan perbelanjaan tidak munasabah dan semua keuntungan diambil pengurusan.
Katanya, pejabat pengerusi Felda tiga ke empat kali lebih selesa berbanding pejabat Perdana Menteri.
“Saya gesa perdana menteri melawat pejabat tersebut, mungkin beliau boleh pindah pejabat ke sana, yang lebih selesa,” katanya.

No comments


Loading...