Header Ads

Anwar sokong perbicaraan Najib disiarkan secara langsung

   Foto sumber internet 

KUALA NERANG, 1 Apr — Datuk Seri Anwar Ibrahim menyokong perbicaraan kes penyelewengan RM42 juta Datuk Seri Najib Razak disiarkan secara langsung.

Menyerahkan keputusan kepada mahkamah, presiden PKR berkata rakyat perlu tahu berapa banyak wang bekas perdana menteri telah curi, lapor Sinar Harian.

Loading...

“Selama ini tidak pernah berlaku. Ada baik supaya supaya rakyat tahu berapa banyak wang di negara ini dirompak,” kata ketika berucap dalam satu majlis di sini.

Semalam, bekas perdana menteri semalam mahu perbicaraannya pada Rabu dibuat secara langsung supaya telus dan dapat memastikan “rule of law’ dipatuhi.

Beliau berdepan tujuh tuduhan berhubung penyalahgunaan wang SRC International Sdn Bhd yang dilakukan antara Ogos 2011 dan Mac 2015.


Pada Ogos 2014, PKR pernah mencabar kerajaan terdahulu pimpinan Najib membuat siaran langsung perbicaraan kes liwat II terhadap Anwar.

Tuntutan berkenaan dibuat timbalannya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tetapi permohonan tersebut tidak dilayan bekas menteri kewangan.

No comments


Loading...