Header Ads

Ahli parlimen Pas diarah keluar dewan kerana gelar Guan Eng 'pondan'

   Ahli parlimen Umno keluar dewan sebagai tanda bantahan terhadap perintah penggantungan wakil rakyat PAS. — Foto oleh Ahmad Zamzahuri

KUALA LUMPUR, 2 April — Ahli parlimen PAS hari ini diperintah keluar Dewan Rakyat selepas beliau enggan menarik balik ungkapan “pondan” terhadap Lim Guan Eng.

Loading...

Wakil rakyat Pengkalan Chepa juga digantung dua hari selepas tiga kali ingkar arahan timbalan speaker Mohd Rashid Hasnon untuk berbuat demikian, lapor Malaysiakini.

Terdahulu, Ahmad Marzuk Shaary mempertikai dasar kerajaan membuka pintu kepada kontraktor semua kaum bagi tender yang selama ini dikhaskan kepada bumiputera.


Beliau bertengkar dengan wakil rakyat Bagan yang juga menteri kewangan. Ahmad Marzuk juga menuduh DAP menguasai kementerian kewangan dan kerajaan.

Ahli parlimen Umno kemudian turut keluar dewan dengan mengiringi Ahmad Marzuk sebagai tanda bantahan terhadap penggantungan berkenaan.

No comments


Loading...