Header Ads

Zuraida nafi wujud salah faham dengan Nurul Izzah


JITRA - Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin menafikan wujud perselisihan faham kalangan pimpinan PH sehingga menyebabkan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar meletakkan jawatan sebagai anggota Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

Menurut beliau, pihaknya yakin tindakan Nurul Izzah adalah keputusan peribadi dan tiada kaitan dengan ketidakpuasan hati dalam mana-mana isu.

Loading...

“Saya tidak dimaklum awal berhubung alasan beliau undurkan diri daripada PAC, saya anggap itu keputusan peribadi beliau, saya sendiri tidak tahu apa sebabnya,” katanya, selepas merasmikan Pusat Komuniti Lestari di Taman Tunku Sarina, hari ini.

Zuraida berkata, sebelum ini Nurul Izzah turut melepaskan beberapa jawatan lain termasuk dalam parti dan beliau mempunyai alasan tersendiri berbuat demikian.

“Baru ni pun banyak jawatan lain yang beliau tinggalkan, jika berpunca daripada perselisihan faham tidak mungkinlah, hanya bersifat peribadi,” katanya.


Semalam, Nurul Izzah Anwar meletakkan jawatan dalam Jawatankuasa PAC, difahamkan surat peletakan jawatan itu diserahkan kepada Speaker Dewan Rakyat, Mohd Ariff Md Yusof; Pengerusi PAC, Ronald Kiandee dan Ketua Whip PH, Datuk Johari Abdul.

Peletakan jawatan beliau didakwa ada kaitan dengan ketidaksefahaman PH berhubung pemilihan kepimpinan PAC.

No comments


Loading...