Header Ads

'Umno mesti kecam perangai samseng ini' - Khairy


Bekas ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata Umno mesti mengecam tindakan sekumpulan penyokong Najib Razak terhadap pelajar di Kuala Lumpur hari ini.

“Setuju.

“Umno mesti kecam tindakan samseng ini,” kata anggota parlimen Rembau.

Loading...

Khairy berkata demikian ketika mengulas di Twitter ketika mengulas pendapat seorang pengguna maya bernama Ali Amir Razali.

Ali berkata walaupun beliau tidak setuju dengan tindakan pelajar yang memegang karikatur Najib dalam lakaran kartun, “Lokman Adam dan gengnya” tidak harus menyerang mereka.

Dalam insiden dekat Universiti Malaysia (UM) hari ini, seorang pelajar dikasari seorang lelaki dipercayai penyokong Najib.

Baca: Kecoh! Penyokong Najib bergelut dengan pelajar, Lokman Adamkoyak poster

Najib bagaimanapun memberitahu Malaysiakini bahawa lelaki itu bukan anggota Umno dan tidak terlibat dengan ceramahnya petang tadi.

Lokman, anggota Majlis Tertinggi Umno berada di situ ketika kejadian. - Malaysiakini




No comments


Loading...