Header Ads

'UMNO akan sokong Dr Mahathir demi rakyat, negara' - Mohamad Hasan


UMNO sedia menyokong Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, dalam isu yang menyentuh kepentingan rakyat dan negara.

Timbalan Presiden UMNO yang menjalankan tugas presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata sokongan UMNO itu bagaimanapun bergantung kepada situasi dan keadaan semasa negara, lapor Berita Harian.

Loading...

“Apabila berdepan isu seperti ini, UMNO akan membuat keputusan yang baik untuk parti dan rakyat.

“Saya tidak boleh nak cakap kerana ia bergantung kepada situasi. Kalau diperlukan untuk kebaikan, mengapa tidak?

“Kaukus pembangkang bukan hanya membangkang tetapi menyokong dasar rakyat,” katanya kepada media selepas mesyuarat jawatankuasa induk UMNO dan PAS di ibu pejabat UMNO di sini, petang tadi.

Mohamad ditanya sama ada UMNO bersedia mengikut jejak langkah PAS yang akan menyokong Dr Mahathir jika berlaku undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri pada sidang Dewan Rakyat bermula minggu depan.

Sebelum ini, PAS menyatakan pendirian untuk berdiri teguh menyokong kepemimpinan Dr Mahathir jika berlaku pengkhianatan dalam pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH), termasuk undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri.

Loading...