31.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, July 17, 2019
Home Bahasa Lain-Lain Tun Mahathir adakan lawatan 3hari ke Filipina

Tun Mahathir adakan lawatan 3hari ke Filipina

0
58

    Foto oleh Bernama


MANILA – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali tiba di Manila hari ini (semalam) untuk lawatan tiga hari ke Filipina.  
Beliau tiba di Pangkalan Udara Bulwagang Kalayaan Villamor pada pukul 7.50 malam (waktu tempatan) dan disambut oleh Setiausaha Teknologi dan Maklumat Filipina, Eliseo M Rio.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Turut hadir untuk menyambut ketibaan Perdana Menteri ialah Menteri Luar Malaysia, Datuk Saifuddin Abdullah, Kuasa Usaha Kedutaan Malaysia di Manila, Rizany Irwan Muhamad Mazlan dan lain-lain pegawai tinggi Malaysia.
Esok, Mahathir dijadual untuk menyampaikan ucap utama sempena pertemuan beliau dengan pemimpin  industri di Filipina di Forum Perniagaan Malaysia-Filipina sebelum bertemu bekas Presiden dan Yang Dipertua Dewan Perwakilan Filipina, Gloria Macapagal Arroyo diikuti dengan satu perjumpaan dengan Penasihat Presiden mengenai Keusahawanan dan Perniagaan ASEAN, Jose Ma Concepcion III.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Mahathir juga akan menghadiri upacara meletakkan kalungan bunga di Tugu Peringatan Rizal, di sini sebelum menghadiri upacara acara sambutan tetamu kehormat negara di Istana Malacanang. – Bernama

PERINGATAN: Malaysian Update tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.

Loading...
loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here