Beliau tiba di Pangkalan Udara Bulwagang Kalayaan Villamor pada pukul 7.50 malam (waktu tempatan) dan disambut oleh Setiausaha Teknologi dan Maklumat Filipina, Eliseo M Rio.

Loading...

Turut hadir untuk menyambut ketibaan Perdana Menteri ialah Menteri Luar Malaysia, Datuk Saifuddin Abdullah, Kuasa Usaha Kedutaan Malaysia di Manila, Rizany Irwan Muhamad Mazlan dan lain-lain pegawai tinggi Malaysia.
Esok, Mahathir dijadual untuk menyampaikan ucap utama sempena pertemuan beliau dengan pemimpin  industri di Filipina di Forum Perniagaan Malaysia-Filipina sebelum bertemu bekas Presiden dan Yang Dipertua Dewan Perwakilan Filipina, Gloria Macapagal Arroyo diikuti dengan satu perjumpaan dengan Penasihat Presiden mengenai Keusahawanan dan Perniagaan ASEAN, Jose Ma Concepcion III.

Mahathir juga akan menghadiri upacara meletakkan kalungan bunga di Tugu Peringatan Rizal, di sini sebelum menghadiri upacara acara sambutan tetamu kehormat negara di Istana Malacanang. - Bernama