Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, bab untuk meluluskan hospital ini bukan bidang kuasa Menteri Kesihatan sebaliknya di bawah Kementerian Kewangan.

Loading...

"Tetapi KKM boleh lakukan planning sahaja, akhirnya yang menentukan mampukah tidak itu bukan KKM tetapi Menteri Kewangan kalau sudah bersedia dengan kewangan, saya lebih suka membina sebanyak mungkin fasiliti (hospital) kesihatan.
"Tun lebih mengisyaratkan mungkin MOF perlu memberi peruntukan itu dan saya bersedia membangunkan apa pun fasiliti yang boleh membantu dan mengisi keperluan rakyat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan ke-2 AMDI International Oncology (&) Medical Physics Symposium di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kenyataan Tun Mahathir sewaktu berucap pada Majlis Ceramah Perdana Pakatan Harapan (PH) semalam yang dalam nada gurauan "hendak mengetuk kepala menteri yang tidak meluluskan hospital Semenyih".
 - Bernama