Header Ads

Tuduh Tun M buat keputusan sendiri adalah tidak adil - Mat Sabu


KUALA LUMPUR, 26 Mac — Tidak adil menuduh perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membuat keputusan secara bersendirian, kata menteri pertahanan.

Mohamad Sabu berkata setiap keputusan yang dibuat oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) dilakukan secara kolektif melibatkan perdana menteri, timbalan perdana menteri serta menteri-menteri kabinet.

Loading...

“Keputusan-keputusan yang diambil oleh kerajaan Malaysia dilakukan selepas berbincang dan mengambil kira pandangan semua pihak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

“Adalah tidak adil bagi sesetengah pihak untuk menuduh YAB Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membuat keputusan secara bersendirian.”

Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) itu berkata dalam keadaan tertentu, Dr Mahathir juga bersifat terlalu demokratik dan mengalah apabila hujah anggota mesyuarat lebih baik.


Nurul Izzah baru-baru ini ketika diwawancara akhbar Singapura The Straits Times mengatakan kecewa dengan kerajaan PH, malah mendakwa bukan mudah bekerja dengan “bekas diktator” yang menyebabkan pelbagai kerosakan.

Wakil rakyat Permatang Pauh pada Sabtu melepaskan jawatan dari Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC). Disember tahun lalu beliau juga melepaskan semua jawatan dalam PKR.

No comments


Loading...