Header Ads

Tragedi solat Jumaat Christchurch: Netizen 'serang' senator Australia, digelar menjijikkan


NETIZEN Malaysia membuktikan solidariti dalam segala hal, bukan sahaja tentang isu remeh, malah isu-isu semasa.

Terbaharu, Ahli Parlimen Australia, Fraser Anning, menerima padah apabila memuat naik kenyataan yang berbaur menyalahkan komuniti Islam sebagai punca tragedi berdarah di dua buah masjid di Christchurch.


Loading...

Di Facebook, ratusan komen diterima Anning dan separuh daripadanya adalah daripada rakyat Malaysia, lapor portal Astro Awani.

Kebanyakannya sudah mula menekan butang report dan meminta yang lain agar melakukan tindakan sama untuk membolehkan Facebook mengambil tindakan ke atas Anning.

Turut memberi reaksi terhadap kenyataan Anning ialah Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin.



Anning memuat naik status ke akaun laman sosial dengan berkata kejadian tembakan itu berpunca daripada dasar migrasi New Zealand.

"Saya menentang apa-apa bentuk keganasan dalam masyarakat kita.

"Bagaimanapun, apa yang menjadi tumpuan adalah ketakutan yang semakin meningkat di dalam komuniti kita, baik di Australia dan New Zealand, dengan peningkatan masyarakat Muslim.

"Seperti biasa, ahli politik sayap kiri dan media akan tergesa-gesa untuk mendakwa bahawa punca tragedi hari ini terletak pada undang-undang senjata atau mereka yang berpandangan nasionalis tetapi itu tidak masuk akal.

"Sebab sebenar pertumpahan darah ini adalah program imigresen yang membolehkan orang Islam datang dan bermaustautin di New Zealand," katanya.


Memetik mStar Online, rata-rata orang ramai meninggalkan komen berasa marah dengan kenyataan Anning dan terkejut bahawa kata-kata itu datang daripada seorang senator Australia.


Julie Kidd berkata: "49 nyawa yang tidak bersalah dibunuh sewaktu solat dan ini adalah tindak balas Anning.

"Anda tidak mempunyai tempat di Parlimen kami atau bahkan berjalan dalam kalangan manusia. Anning, anda membuatkan kami berasa malu."

Sementara itu, Sam Weingott menambah: "Ada orang yang mati pada hari ini (Jumaat). Mereka baru sahaja menjalani kehidupan harian seperti biasa, tanpa kesan atau kekejaman. Anda selamat. Anda bukan orang yang baik."

Manakala, Vickie Angel pula berkata: "Malulah kamu Fraser Anning kerana menggunakan tragedi ini untuk tujuan politik. Menjijikkan."

Menurut laporan oleh news.com.au, Senator Anning mengeluarkan kenyataan media awal hari ini yang dikutuk secara meluas di media sosial.

Beliau berkata bahawa serangan itu menunjukkan "ketakutan yang semakin meningkat terhadap kehadiran umat Islam yang berkembang" dalam komuniti Australia dan New Zealand.

Loading...