Header Ads

Tidak timbul isu tidak percaya terhadap Tun M - Azmin


KUALA LUMPUR - Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, tidak timbul isu undi tidak percaya terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad kerana PH menyokong kuat beliau sebagai perdana menteri.

"Tidak timbul isu undi tidak percaya. Hari ini kita Pakatan Harapan telah menekankan untuk memberi sokongan yang kuat dan padu kepada kepimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad,” katanya menjawab soalan tambahan Tan Sri Annuar Musa (BN-Ketereh) pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Loading...

Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR, turut menegaskan tidak wujud masalah menteri gagal menjalankan tugas kerana mereka bekerja secara kolektif bagi membentuk dasar yang lebih responsif kepada rakyat.

“Dalam jemaah menteri Kabinet kita bincang secara bersama dan muafakat kerana muafakat itulah yang telah membawa kejayaan,” katanya.

Beliau berkata selain itu, kerajaan juga menubuhkan Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) di luar kerajaan bagi mendapat pandangan daripada pakar dan tokoh akademik.


Katanya kerajaan juga berusaha mendengar pandangan, khususnya daripada golongan swasta dan akademik, agar pembentukan sesuatu dasar dapat dibuat secara seimbang.

"Kita buat kerja secara kolektif, secara bersama. Kita mengambil sikap yang inklusif, kita ambil sikap pandangan semua dalam membentuk satu dasar yang lebih responsif kepada masalah rakyat. 

Kita (kerajaan) bukan eksklusif macam UMNO dan Barisan Nasional," katanya.

Terdahulu, Mohamed Azmin menjawab soalan asal Fong Kui Lun (PH-Bukit Bintang) yang bertanya mengenai rasional penubuhan MTEN sedangkan sebelum ini kerajaan telah menubuhkan Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) yang membawa pembentukan kabinet yang sedang berfungsi sekarang. - Bernama

No comments


Loading...