Beliau berkata, beberapa kertas kerja berkenaan pelbagai fungsi kerajaan dibentangkan pada mesyuarat itu, dan hampir semuanya akan dirujuk kepada Jawatankuasa Teknikal untuk dikaji secara mendalam sebelum dibincangkan dalam mesyuarat seterusnya. 

Loading...

“Ada yang kita sukar sedikit nak dapat keputusan, ada yang kita tak boleh selesai, kita rujuk kepada Jawatankuasa Teknikal, mereka akan melihatnya (mengkajinya).
“Contohnya mengenai duti setem, ini memerlukan kajian yang lebih mendalam,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat berkenaan di Perdana Putra di sini hari ini.
Mesyuarat selama hampir dua jam itu dihadiri oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Antara yang turut serta ialah Menteri Kewangan, Lim Guan Eng; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong; Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo; Menteri Kerja Raya, Baru Bian dan Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah serta Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ismail Bakar dan Peguam Negara Tommy Thomas.
Jawatankuasa Khas Kabinet (Pemandu) Untuk Menyemak MA63 bertujuan mengembalikan status Sabah dan Sarawak sebagai rakan sekutu dalam Malaysia, pertama kali bermesyuarat pada 17 Disember lalu. – Bernama