Header Ads

Tiada lagi kanak-kanak kecil bermain di Masjid Christchurch

     Foto TVNZ

QUEENSTOWN - NEW ZEALAND. Salah seorang anggota komuniti Muslim Queenstown mengimbau detik melihat kanak-kanak kecil bermain di kawasan masjid Christchurch dan bagaimana dia tidak mampu melelapkan mata susulan serangan pengganas Jumaat lalu yang meragut nyawa keluarga dan kenalan.

Bercakap kepada 1 NEWS ketika acara memperingati 50 mangsa yang terkorban susulan serangan di Masjid Al Noor dan Masjid Linwood, Ashiv Khan berkata, dia dan beberapa jemaah daripada komuniti Muslim Queenstown, pernah melawat salah satu masjid yang menjadi sasaran untuk tujuan mengutip derma.

Loading...

"Kami berada di sana dan melihat kanak-kanak kecil bermain dengan riang di kawasan masjid, namun kini mereka telah tiada lagi.

"Hari-hari berikutnya, kami tidak mampu tidur, memikirkan kanak-kanak tersebut dan apa yang telah terjadi.Kami sama sekali tidak menyangka tragedi seperti itu boleh berlaku kepada jemaah di sana,"kata Khan.

Menurut Khan, ramai ahli keluarga dan kenalan berada dalam masjid ketika serangan berlaku dan mereka telah meninggal dunia.


Sementara itu, acara memperingati mangsa serangan masjid Christchurch yang diketuai Datuk Bandar Jim Boult dan disertai komuniti Islam tempatan, pasukan kecemasan serta pemimpin agama dihadiri ribuan orang yang turut sama bersedih dengan tragedi yang menimpa.

Ditanya tentang harapan masa depan, Khan berkata, kehidupan harus diteruskan dan perlu sentiasa positif, malah turut menyatakan berasa 100 peratus selamat berada di New Zealand.- TVNZ

No comments


Loading...