Header Ads

Tertinggal anak di lapangan terbang, pesawat terpaksa berpatah balik


JEDDAH - Sebuah pesawat Arab Saudi berlepas dari Jeddah menuju ke Kuala Lumpur terpaksa berpatah balik apabila seorang penumpang wanita tertinggal anaknya di lapangan terbang.

Juruterbang penerbangan SV832 dilapor meminta kebenaran pusat kawalan trafik udara untuk berpatah balik selepas seorang penumpang memberitahu kru dia tertinggal anaknya di terminal 'boarding'.

Loading...

Rakaman video menunjukkan juruterbang terbabit menyampaikan 'kisah' tersebut kepada petugas pusat kawalan trafik udara dimuat naik ke YouTube dan mendapat 50,000 tontonan.

"Seorang penumpang tertinggal anaknya di terminal dan enggan meneruskan perjalanan.

"Bolehkah pesawat berpatah balik ke lapangan terbang?," kata juruterbang berkenaan.


Petugas yang pada mulanya terkejut dengan kisah tersebut,akhirnya memberi kebenaran untuk pesawat berpatah balik.

Tiada maklumat lanjut diperolehi tentang bagaimana si ibu boleh terlupa tentang anaknya. - Lovinsaudi.com/ Independent

No comments


Loading...