Header Ads

Tender terbuka jual aset M'sia di HK - Menteri kewangan


Penjualan aset bangunan Malaysia di Hong Kong yang kini melalui proses tender terbuka antarabangsa dengan harga rizab RM1.6 bilion, dijangka menerima bidaan yang lebih tinggi, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

“Sudah tentu rakyat menanti penjelasan daripada bekas Perdana Menteri Najib Razak tentang keputusan pentadbiran terdahulu menjual tanah dan bangunan Malaysia itu secara rundingan terus dan bukan tender terbuka,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.


Loading...
Dalam kenyataan itu, Lim berkata Najib masih menegakkan benang basah dengan mempersalah kerajaan Persekutuan Pakatan Harapan yang menjual aset bangunan Malaysia di Hong Kong, sungguhpun pentadbiran beliau telah memutuskan untuk menjual aset tersebut secara rundingan terus.

Lim menjelaskan bahawa tindakan yang dibuat kerajaan BN itu merugikan negara apabila harga rundingan terus yang ditawarkan sebelum 9 Mei 2018 adalah sebanyak RM1.1 bilion, dan apabila kerajaan Persekutuan Pakatan Harapan melaksanakan tender terbuka, tawaran pembelian setinggi RM1.6 bilion diterima.


“Rakyat Malaysia hilang sekurang-kurangnya RM500 juta jika dilakukan secara rundingan terus ala BN, sekiranya kerajaan BN tidak digantikan oleh Pakatan Harapan yang melakukannya secara tender terbuka.

“Beliau (Najib) enggan menjawab soalan saya sebaliknya menuntut saya menjawap tuduhan tidak berasas berkaitan isu-isu lain terdahulu,” katanya.

Lim juga mendakwa projek terowong dasar laut oleh kerajaan negeri Pulau Pinang tidak bermasalah kerana ia dibuat secara tender terbuka.

Menurutnya pertikaian yang dibuat Ketua Penerangan PAS Nasaruddin Hassan Tantawi mengenai projek tersebut telah pun ditarik balik pada 2016.

“Beliau telah pun menyuarakan perasaan perasaan kesal, dan diperintah oleh mahkamah untuk membayar saya RM10,000 sebagai penyelesaian saman fitnah saya terhadap beliau”, kata Lim. - Bernama

No comments


Loading...