Header Ads

Tangan melekat pada tiang elektrik, kanak-kanak dilaporkan selamat


JAKARTA - INDONESIA . Tular di media sosial rakaman sebuah video yang memaparkan kanak-kanak lelaki tertiarap tidak bergerak dengan tangannya 'melekat' pada tiang elektrik.

Memetik laporan Tribunnews, kanak-kanak berbaju biru itu terkena renjatan elektrik setelah secara tidak sengaja terpegang kabel yang tergantung pada tiang tersebut selepas keluar dari kolam renang dalam keadaan basah.

Loading...

Kejadian itu mencetuskan panik dalam kalangan pengunjung di kolam renang Villa Meruyu, Jakarta Barat pada Sabtu lalu.

Para petugas dilihat cuba menyelamatkan kanak-kanak tersebut dengan melepaskan genggaman tangan dan menariknya jauh daripada tiang sebelum melakukan bantuan pernafasan.

Keluarga kanak-kanak itu dalam kenyataan kepada media berkata mangsa yang dikenali sebagai Putu Elang berada dalam keadaan baik dan masih menjalani rawatan.


"Sekadar meluruskan berita yang simpang siur, Alhamdulillah ananda Putu Elang dalam keadaan baik-baik saja. Sekarang masih dalam perawatan."

Penularan video durasi 46 saat di media sosial mendapat perhatian netizen yang bersyukur kerana mangsa selamat. - Tribunnews

No comments


Loading...