Baginda berlepas dari Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di sini disaksikan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Loading...

Semalam, baginda mengadakan pertemuan empat mata dengan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad iaitu pertemuan ulung baginda dengan Mahathir di bawah rangka kerja Perundingan Tahunan Pemimpin Malaysia-Brunei di Putrajaya.
Pertemuan empat mata selama lebih satu jam itu antara lain membincangkan hubungan dua hala kedua-dua negara dan isu yang melibatkan kepentingan bersama.

Baginda juga menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Malaysia dan Brunei mengenai pergerakan tahanan  sebelum menghadiri majlis makan tengah hari yang dihoskan Mahathir dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali bagi meraikan baginda di Seri Perdana.
Baginda kemudiannya berangkat menghadiri program bersama pelajar Brunei di Kuala Lumpur. - Bernama