Header Ads

suami isteri gaduh, campak isteri dari tingkat empat


TAIPEI - TAIWAN. Pertengkaran adalah perkara biasa bagi pasangan, namun perkelahian antara seorang lelaki dan isterinya telah berakhir di hospital.

Rakyat Amerika Syarikat (AS), dikenali sebagai Wan, 32, itu dilaporkan bertengkar dengan pasangannya Chang, 33, di Lapangan Terbang Antarabangsa Taoyuan pada awal Isnin lalu.

Loading...

Apabila mereka berada di tangga tingkat empat, Wan bertindak mencampak isterinya dan mangsa jatuh pada ketinggian 15 meter sebelum dia tersangkut pada jaring keselamatan.

Tidak lama selepas itu, Wan bertindak melompat ke atas isterinya yang pengsan akibat kecederaan pada kepalanya.

Wan turut mengalami patah tulang rusuk dalam insiden itu.


Pasangan itu kemudiannya dihantar ke Hospital Besar Min-Sheng.

Menurut polis, kejadian itu berlaku di Terminal 2 Balai Perlepasan dan pasangan tersebut yang berkunjung ke Taiwan untuk melawat keluarga Chang dilaporkan bertengkar kerana wanita terbabit cuba untuk menghalang suaminya kembali ke AS. - Straits Times

No comments


Loading...