Header Ads

Siarkan kecaman anti-islam, seorang doktor letak jawatan serta-merta



AUCKLAND: Seorang doktor kanan meletak jawatan serta-merta sementara menunggu siasatan susulan kecaman anti-Islam yang disiarkan di blog berhaluan kanan, Whale Oil.
Pegawai perubatan profesional itu dan dipercayai menggunakan nama blog Mac Doctor, kini disiasat berkaitan beberapa blog mengkritik penduduk Islam dan membandingkan mereka dengan Nazi.

Loading...

“Puak liberal mengingatkan kita supaya tidak menyalahkan pemandu teksi Islam atau guru sekolah rendah Islam tetapi mereka memang perlu dipersalahkan,” menurut kenyataan Mac Doctor.
Beliau dilaporkan sudah menjadi pegawai perubatan selama beberapa dekad di banyak negara.
Dalam satu lagi kenyataan, Mac Doctor, berkata: “Hentikan penghijrahan orang Islam sehingga anda berpuas hati anda mempunyai cara cukup menerangkan apa yang sebenarnya berbanding penipuan jihad.”

Beberapa pembaca yang melihat kenyataan itu, yang ditulis sebelum serangan masjid di Christchurch, menghubung akhbar New Zealand Herald menyatakan kemarahan mereka.
Selepas akhbar berkenaan menghubungi pusat perubatan tempat doktor itu bekerja, siasatan dalaman segera dilakukan.
Dalam kenyataan, jurucakap pusat itu berkata pihak pengurusan bertemu doktor terbabit dan beliau meletak jawatan dengan segera manakala siasatan mengenai perkara itu dilakukan. — Agensi

No comments


Loading...