Header Ads

Seorang kanak-kanak lelaki maut ditikam warga emas

    Foto DailyMail

BASEL - SWITZERLAND.Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun dilapor maut ditikam seorang wanita berusia 75 tahun ketika dalam perjalanan pulang dari sekolah.

Dalam kejadian 12.45 tengahari 21 Mac lalu, kanak-kanak sekolah terbabit ditikam di bahagian leher ketika melalui kawasan St Galler-Ring di bandar Basel.

Loading...

Mayat mangsa ditemui oleh gurunya dengan kecederaan parah sebelum dibawa ke hospital namun meninggal dunia tidak lama kemudian.

Menurut pihak berkuasa, warga emas terbabit menyerah diri dan memaklumkan dia telah menyerang mangsa.

"Terdapat laporan menyatakan terdapat seorang warga emas berada di lokasi kejadian dan tidak lama kemudian, seorang wanita warga Switzerland berusia 75 tahun menyerah diri kepada pihak berkuasa.


"Dia berkata telah menikam kanak-kanak tersebut, namun motif serangan masih tidak diketahui," kata jurucakap polis, Peter Gill sambil menambah pihaknya meminta mereka yang mempunyai maklumat untuk tampil membantu.

Laporan turut mengatakan wanita warga emas terbabit tidak mengenali mangsa atau mana-mana ahli keluarganya yang berasal dari Kosovo.

Warga emas itu kini dilaporkan menjalani ujian psikiatri susulan jenayah yang menggemparkan negara itu. - DAILYMAIL

No comments


Loading...