Header Ads

Seorang imam dari Fiji antara yang terkorban dalam serangan pengganas di NZ

        Foto facebook. 

SUVA - FIJI. Seorang imam dari Fiji merupakan antara korban serangan pengganas di masjid Christchurch Jumaat lalu, lapor Liga Muslim Fiji.

Laporan penyiar kebangsaan Fiji berkata, Hafiz Musa Patel yang berkhidmat sebagai imam di Masjid Lautoka Jame selama 25 tahun, meninggalkan Fiji tiga minggu lalu untuk bersama anaknya di Australia.

Loading...

Imam berkenaan dan isterinya kemudian berlepas ke New Zealand untuk bertemu rakan-rakan.

Dalam sebuah acara memperingati mangsa yang terkorban susulan serangan di Masjid Al Noor dan Masjid Linwood, Perdana Menteri Voreqe Bainimarama memaklumkan, warga Fiji merupakan antara mangsa yang dibunuh kejam, namun tidak menamakan identiti mereka.


"Jangan kita lupakan warga Fiji yang terkorban, mahupun saudara kita di New Zealand, kepada keluarga mangsa, ingatlah anda menerima sokongan daripada seluruh dunia.Kami bersama anda," katanya. - CNN

No comments


Loading...