Beliau yang juga Pengerusi PH memberitahu, sebagai parti gabungan yang terdiri daripada pelbagai kaum, setiap kenyataan yang dikeluarkan tidak sepatutnya menyakitkan hati mana-mana kaum dan agama.

Loading...

"Sama ada kita Islam atau bukan Islam tetapi teguran terhadap kaum dan agama lain jangan dilakukan oleh kita.
"Kalau ada masalah hubungan, kita perlu rujuk kepada kerajaan dan bukan keluarkan pendapat kepada khalayak ramai. Itu bukan cara kita," katanya ketika berucap pada Sesi Pemukiman Kerajaan Negeri Johor bersama kepimpinan Kerajaan Persekutuan di sini hari ini.
Turut hadir, Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian.

Mahathir menambah, perbincangan perlu dibuat secara dalam parti supaya penyelesaian dapat dicari, yang pastinya memerlukan tolak ansur daripada semua pihak. - Bernama