Header Ads

Selidik guna RM10’, Rafizi namakan pemilik akaun bayar RM1.4 juta


Rafizi Ramli mendakwa nombor akaun yang digunakan untuk membayar editor Sarawak Report melalui cek RM1.4 juta wujud, malah beliau mendedahkan individu yang membuat bayaran itu.

Bekas naib presiden PKR yakin kewujudan akaun itu selepas beliau memindahkan RM10 ke akaun 14032010001388 yang dinamakan dalam perjanjian antara Clare Rewcastle Brown dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Loading...

“Akaun itu wujud di bawah nama [nama individu] dan pindahan wang RM10 itu lepas,” katanya di Facebook hari ini. Beliau turut melampir beberapa gambar tatacara membuat mengesahkan nombor akaun tersebut.

“Ini mengesahkan bahawa akaun yang dinamakan itu wujud, sumber wang untuk RM1.4 juta itu juga wujud,” katanya yang membuat penyelidikan mudah hingga memperoleh maklumat tersebut.

Rafizi juga berharap penyokong PAS dan pembangkang menerima hakikat yang presiden mereka membayar Clare untuk tidak meneruskan perbicaraan saman fitnah terhadap Sarawak Report.

Pada 2017, Hadi menyaman portal berikutan laporan dana RM90 juta diterima PAS bagi menyokong Umno dan Barisan Nasional menjelang pilihan raya umum ke-14 sebelum menarik balik tindakan berkenaan baru-baru ini. - Projek MM

Loading...