Header Ads

'Saya hanya mahu melihat wajahnya' - Yama Nabi


CHRISTCHURCH - NEW ZEALAND. Ahli keluarga mangsa serangan keganasan di masjid Christchurch turut hadir di Mahkamah Daerah Christchurch, hari ini di mana suspek, Brenton Tarrant dihadapkan dengan pertuduhan melakukan pembunuhan.

Antaranya ialah adik beradik, Yama Nabi dan Oma Nabi yang kehilangan bapa mereka, Daoud Nabi,71, dalam kejadian tersebut.

Loading...

Menurut Yama, dia hadir ke mahkamah semata-mata untuk melihat sendiri wajah suspek.

"Saya hanya mahu melihat wajahnya," katanya seperti dilaporakan media tempatan.

Katanya, dia dan Oma secara kebetulan tiba lewat di masjid pada hari kejadian serangan berlaku.
"Saya lewat 10 minit dan ketika sampai seorang lelaki memaklumkan berlaku tembakan.


"Tiada perikemanusiaan, saya tidak sangka ia boleh berlaku di New Zealand," katanya.

Yama menyatakan ayahnya berasal dari Afghanistan dan antara orang Islam terawal di New Zealand yang membuka masjid di Tuam Street.

-memetik laporan sinar harian

No comments


Loading...