Header Ads

Ronald kekal pengerusi PAC hingga ada pengganti - PM


Datuk Seri Ronald Kiandee kekal sebagai pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara sehingga penggantinya dilantik, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menjawab soalan berkaitan jawatan itu perlu disandang wakil pembangkang, perdana menteri berkata hal tersebut bukan tanggungjawab undang-undang yang memerlukan tindakan segera, lapor Projek MM.

Loading...

“Ini bukanlah tanggungjawab secara perundangan. Ia adalah janji Pakatan Harapan (PH). Kita boleh dilaksanakan pada bila-bila masa, kita berpegang pada janji,” katanya lagi.

“Tidak perlulah apabila sesuatu berlaku, kita tukar semua,” kata beliau, dipercayai merujuk bantahan Nurul Izzah Anwar hingga membawa kepada peletakan jawatan sebagai anggota PAC.

Sebelum ini, ahli parlimen Permatang Pauh membantah pelantikan Ronald yang meninggalkan Umno, menjadi wakil rakyat bebas sebelum menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

No comments


Loading...