Beliau yang merupakan Orang Asli pertama yang dipilih sebagai ahli Parlimen mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff Mohd Yusof.
Pada 26 Januari lepas, Ramli, 61 memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands dengan mendapat 12,038 undi menewaskan calon Pakatan Harapan (PH) M. 

Manogaran yang mendapat 8,800 undi dan dua calon Bebas Sallehudin Ab Talib (314 undi) dan Wong Seng Yee (276 undi). - Bernama