Header Ads

Rakyat Malaysia tandatangan petisyen atas talian agar kes Najib disiar secara langsung


Sebahagian rakyat Malaysia menandatangani petisyen agar perbicaraan kes pengubahan wang haram membabitkan bekas perdana menteri Najib Razak pada Rabu ini disiarkan secara langsung.

Sejak beberapa hari kebelakangan ini, rakyat Malaysia menandatangani petisyen atas talian di Change. Org yang telah bermula sejak sembilan bulan lalu agar perbicaraan itu disiar secara langsung.


Loading...
Ketika berita ini ditulis, terdapat 32,370 pempetisyen menuntut perkara itu dilaksanakan.

Angka terakhir berjaya dikumpulkan ialah sebanyak 30,000 pempetisyen, empat bulan lalu.

Antara yang menggesa siaran langsung itu diadakan ialah pelukis Fahmi Reza, yang terkenal dengan lukisan Najib menyerupai badut.

Karikatur Najib itu digunakan secara meluas sebagai lambang protes ketika BN berkuasa, malah satu rakaman muzik video K-Pop mengenainya turut dihasilkan.

Najib sebelum ini didakwa melakukan pengubahan wang haram dan pecah amanah melibatkan SRC International Sdn Bhd, bekas anak syarikat 1MDB.

Tujuan SRC International dikatakan antara lain untuk melabur dalam industri strategik yang akan memberi manfaat kepada Malaysia dan telah meminjam sebanyak RM4 bilion daripada Dana Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) untuk berbuat demikian.

Hanya sedikit diketahui mengenai apa yang berlaku kepada pelaburan SRC International.

Syarikat itu diselamatkan oleh Kementerian Kewangan pada tahun 2012. - Malaysiakini

No comments


Loading...