Header Ads

Puteri sulung Agong ambil cabaran mahu tangani isu kesihatan mental di Malaysia


Di United Kingdom, Putera William dan Putera Harry merupakan kerabat diraja yang lantang menyuarakan isu kesihatan mental.

Di Malaysia, puteri sulung Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengambil cabaran untuk memberi kesedaran kepada rakyat tentang kepentingan penjagaan mental, lapor Projek MM.


Loading...
Tengku Puteri Iman Afzan berkata masalah itu semakin serius di Malaysia, malangnya ia tidak mendapat kesedaran dan perhatian di kalangan masyarakat.

Puteri Iman berharap agar kerajaan dapat memasukkan beberapa program kemahiran hidup dalam kurikulum sekolah bagi menangani isu itu sejak kecil.

“Selain matematik, sains dan mata pelajaran teras lain, sekolah harus memberi tumpuan untuk mengajar kemahiran mengajar hidup dan menerapkan mekanisme seperti pengurusan diri, kecerdasan emosi, pemikiran kritikal, komunikasi dan keyakinan bagi memastikan murid bersedia menghadapi cabaran kehidupan seharian,” kata penaung diraja Persatuan Kesedaran dan Sokongan Penyakit Mental (Miasa).

Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2015 menunjukkan kelaziman masalah kesihatan mental di kalangan orang dewasa Malaysia berusia 16 tahun ke atas adalah 29.2 peratus atau bersamaan 4.2 juta rakyat.

Dilaporkan juga, menjelang 2020, penyakit mental dijangka menjadi masalah kesihatan kedua terbesar di Malaysia selepas sakit jantung.

“Di UK mereka memulakan semua kesedaran dari sekolah rendah melalui sekolah kesihatan mental. Mereka juga mempunyai sistem pesanan teks untuk menyokong sesiapa yang perlukan bantuan,” katanya.

“Saya harap kita dapat mencontohi sistem yang sama di sini dan membawa Malaysia ke tahap sedemikian.”

No comments


Loading...