Header Ads

PRK Rantau : PH yakin dapat merampas DUN Rantau daripada BN

    Foto Oleh Bernama

LANGKAWI - PH yakin dapat merampas DUN Rantau daripada BN pada PRK kali ini, kata Timbalan Presiden PH, Mohamad Sabu.

Beliau berkata sekiranya PH mahu menang ia memerlukan kerja keras serta komitmen penuh jentera parti berkenaan.

Loading...

“Kita bersiap-siaga sekarang kerana kita mampu, antara isu dimainkan adalah ekonomi negara dan kita akan menjawab kepada rakyat,

“Setiap kali pada PRK, kita kena yakin menang, cuma siapa yang menang akan ditentukan pada 13 April nanti, terserah kepada rakyat untuk membuat pilihan mereka, pilih PH pun tidak apa, tolak BN pun tidak apa,” katanya pada sidang media sempena Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2019 (LIMA’19) di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC), di sini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penamaan calon PRK DUN Rantau pada hari ini.


PRK DUN Rantau menyaksikan pertembungan empat penjuru membabitkan Dr S.Streram, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan yang mewakili BN dan dua calon Bebas, Malarvizhi Rajaram serta Mohd Nor Yassin.

PRK berkenaan diadakan selepas Mahkamah Persekutuan menolak petisyen difailkan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Seremban, pada 16 November lepas yang mengisytiharkan kemenangan beliau bagi DUN berkenaan pada PRU14, terbatal dan tidak sah.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 13 April sebagai hari mengundi, manakala 9 April sebagai hari mengundi awal.

DUN Rantau mempunyai 20,926 pemilih berdaftar terdiri daripada 20,804 pengundi biasa, 118 pengundi awal dan empat pengundi tidak hadir luar negara.- Bernama

No comments


Loading...
loading...