Header Ads

Polis sita rumah keluarga Jho Low di P Pinang


Polis menyita rumah tiga tingkat bernilai RM15 juta dipercayai milik keluarga Low Taek Jho di Tanjung Bungah Park di sini hari ini.

Loading...


Sitaan tersebut dibuat berdasarkan notis bertarikh 17 Januari 2019 yang dikeluarkan Pejabat Peguam Negara dan diserah Khamis lalu, lapor The Star Online.
Notis itu mengarahkan harta dalam premis itu disita untuk saisatan dan dilarang urusan jual beli. Tindakan boleh dikenakan jika arahan tersebut gagal dipatuhi.
Notis berkenaan dibuat bawah subseksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2001.


Dikenali sebagai Jho Low, 37, beliau suspek utama skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) melibatkan jutaan ringgit. - Projek MM

No comments


Loading...