Header Ads

Polis siasat insiden pergelutan libatkan penyokong Najib dan pelajar UM


Polis kini menyiasat insiden pergelutan melibatkan penyokong bekas perdana menteri Najib Razak dan sekumpulan pelajar Universiti Malaya yang berlaku semalam di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara sehingga enam bulan, denda RM1,000 atau kedua-duanya sekali.

Loading...
Semalam, sekumpulan tujuh pelajar Universiti Malaya mengadakan bantahan di seberang jalan Restoran Amjal di hadapan Universiti Malaya, Kuala Lumpur ketika Najib sedang berucap sebelum beberapa enyokong Najib termasuk Ahli Majlis Tertinggi Umno Lokman Noor Adam menghampiri kumpulan pelajar berkenaan dan seterusnya berlaku pergelutan.
Ketua Polis Kuala Lumpur Mazlan Lazim dalam kenyataan media berkata polis akan mengambil tindakan sekiranya mana-mana pihak melanggar Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman.

Seksyen berkenaan menyatakan agar polis dimaklumkan 10 hari lebih awal sebelum sesebuah perhimpunan diadakan.
Memetik laporan Malaysiakini, Mazlan berkata 12 laporan polis dibuat berhubung pergelutan itu dan 10 saksi sudah diambil keterangan.
Tujuh pelajar berkenaan dibawa ke Balai Polis Pantai ketika kejadian untuk mengelak daripada berlakunya insiden yang lebih buruk dan mereka juga sudah diambil keterangan sebagai saksi.
Lokman dan beberapa individu lain juga didakwa mengganggu dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap wartawan pelatih portal Malaysiakini yang turut membuat liputan ketika program berkenaan berlangsung.

No comments


Loading...