Header Ads

PM bertindak balas, mahu beli pejuang dari China jika EU tetap mahu haram sawit


Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan mungkin terpaksa membeli jet pejuang dari China jika Kesatuan Eropah (EU) tetap mahu mengharamkan bahan bakar bio sawit.

"Jika mereka (EU) tetap mahu ambil tindakan terhadap kita, cuba memiskinkan kita, kita akan terpaksa menimbang untuk membeli kapal terbang daripada China atau mana-mana negara lain.


Loading...

"Kita tidak perlu kapal terbang yang terlalu sofistikated, kita cuma perlu (kapal terbang) Cessna," katanya ketika sidang media di Pulau Carey, Selangor hari ini, lapor Malaysiakini.

Mahathir sebelum ini mengancam untuk bertindak balas jika EU meneruskan langkah pengharaman kelapa sawit.

Beliau membangkitkan kemungkinan membeli jet pejuang China hari ini selepas melihat persembahan aerobatik jet tersebut ketika lawatan tiga hari ke Pakistan.


Katanya lagi, China tidak ketinggalan dalam kebolehan teknologi dan kini dilihat sebagai ancaman kepada negara-negara Barat.

Parlimen Eropah sebelum ini telah mengundi untuk mengharamkan penggunaan minyak sawit dalam penghasilan biobahan api di EU menjelang 2020, dengan mengelaskan pokok sawit sebagai punca kepada pemusnahan hutan hujan.

Sekarang ini, EU mengimport 7.5 juta tan minyak sawit dunia, 85 peratus datang dari Malaysia dan Indonesia.

No comments


Loading...