Perdana Menteri berkata, gabungan itu agak menarik kerana asas perpecahan dan penubuhan Pas dahulu belum selesai.

Loading...

"Ulama UMNO keluar parti untuk menubuh Pas kononnya kerana Islam. Lagipun semasa kepimpinan UMNO yang lepas, salah satu sebab penggabungan bahkan kerjasama UMNO dan Pas tidak berlaku adalah kerana Pas telah mengkafirkan UMNO," katanya menerusi catatan di blog rasminya, chedet.cc malam ini.
Mahathir, yang juga Pengerusi PH berkata, antara faktor lain, Pas juga tidak mahu bekerjasama dengan UMNO pada masa dahulu kerana UMNO mengamalkan perlembagaan yang dituduh sekular dan kafir.
"Pas tidak pernah menarik balik "fatwa" tersebut. Sudahkah Pas Islamkan UMNO?," soal Mahathir.

"Ini adalah di antara asas 'Amanat Haji Hadi' yang membawa kepada sembahyang dua imam, tidak mahu makan sembelihan orang UMNO, jenazah perlu disembahyangkan semula oleh orang Pas jika sebelumnya disembahyangkan oleh orang UMNO, mengharamkan anak mengahwini anak orang UMNO, mengharamkan isteri mengundi UMNO dan jika dilakukan akan gugur talak dan bermacam-macam lagi," katanya. - Bernama