Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, rampasan dibuat sepasukan anggota ketika membuat siasatan lanjut di kediaman pasangan suami isteri berusia 37 dan 40 tahun itu di kuarters Hospital Langkawi di sini.

Loading...

"Polis membawa kedua-dua suspek utama kes itu ke rumah mereka untuk membuat siasatan lanjut petang ini.
"Hasilnya polis merampas dua penyangkut baju yang dipercayai sering digunakan untuk mendera kanak-kanak itu dan pakaian (baju dan seluar) yang dipakai suspek lelaki pada hari kejadian kematian Nur Aisyah," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, barangan yang dirampas itu akan dibawa ke Jabatan Kimia di Petaling Jaya pada Isnin. - Bernama