Menurutnya, pada 2016 sahaja sebanyak 176 kes menolak vaksin dicatatkan.

Loading...

"Antara alasan penolakan vaksin di Kedah adalah keraguan terhadap status vaksin sama ada halal atau haram dan keraguan terhadap kandungan vaksin tidak selamat.
"Sebab lain adalah pengaruh keluarga, mengamalkan perubatan homeopati dan bimbang dengan kesan sampingan vaksin," katanya menerusi hantaran di laman sosial beliau di sini, hari ini.

Katanya, sebanyak 17 kes difteria dicatatkan di Kedah daripada 2015 hingga 2017, dengan empat kematian direkodkan. - Bernama