Header Ads

Pencapaian STPM 2018 meningkat

   foto oleh Bernama

SERI KEMBANGAN - Pencapaian Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) pada 2018 meningkat sebanyak Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 2.80 berbanding PNGK 2.76 pada 2017.

Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia Prof Datuk Dr Zul Azhar Zahid Jamal berkata, ini menunjukkan peningkatan nasional yang memberangsangkan dalam kesemua kriteria pengukuran pencapaian itu jika dibandingkan pada tahun sebelumnya.

Loading...

“Seramai 666 calon STPM 2018 memperoleh PNGK 4.00, naik sebanyak 0.42 peratus berbanding 485 calon pada 2017.

“Lebih menggembirakan 489 calon daripada 666 yang mendapat PNGK keseluruhan 4.00 atau 73.42 peratus adalah daripada golongan B40," katanya ketika mengumumkan analisis keputusan itu di sini hari ini.


Katanya, bilangan dan peratusan calon yang mendapat PNGK 3.50 ke atas juga mencatatkan pertambahan iaitu 7,129 (16.63 peratus) pada tahun 2018 berbanding 6,408 calon (14.89 peratus) pada 2017.- Bernama

No comments


Loading...