Header Ads

Pelajar kutip derma sejak dulu, Asri tanya ‘rahsia’ pusat tahfiz terlepas tindakan


Mohd Asri Zainul Abidin tertanya-tanya “rahsia” kebanyakan pusat tahfiz yang mengeskplotasi pelajar mereka beroperasi sekian lama tanpa sebarang tindakan.

“Simpati kepada anak-anak yang masih remaja. Tertanya kita, apakah rahsia sehingga aktiviti seburuk ini boleh berterusan sejak sekian lama. Menghairankan!” kata mufti Perlis pagi ini, lapor Projek MM.


Loading...
Beliau juga hairan kerana kerajaan sebelum ini membiarkan masalah tersebut terlalu lama sedangkan “entah berapa ratus atau mungkin ribuan aduan telah dibuat oleh orang ramai.”

Asri merujuk kes pusat tahfiz amal di Sungai Petani yang diarah ditutup serta-merta kerana beroperasi secara haram dan dipercayai mengeksploitasi pelajar untuk mengutip derma.

Turut mengepil keratan berita tersebut di Facebook, beliau juga berharap mana-mana pusat tahfiz yang mengeskplotasi pelajar untuk membuat jualan di sana sini “betul-betul ditutup.”

“Jika benar ditutup Alhamdulillah. Pohon agar jangan pula nanti dibuka kembali atas cerita yang lain pula,” katanya merujuk perbuatan pelajar tahfiz menjual barang “atas nama agama”.

“Harap kali ini betul-betul ditutup dan diambil tindakan. Kesian anak-anak yang masih remaja disuruh membuat jualan di sana sini atas nama tahfiz. Padahal mereka patut berada di sekolah.” katanya.

No comments


Loading...
loading...