Header Ads

Pegawai kanan FGV direman lima hari


Pegawai kanan FGV Holdings Berhad (FGV) yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam, direman lima hari mulai hari ini bagi membantu siasatan berhubung dakwaan meminta suapan bernilai RM10,000.

Loading...
Menurut sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), suspek berusia 50 tahun itu direman sehingga Khamis ini.
“Majistret Maizatul Munirah Abd Rahman membenarkan tempoh tahanan reman terhadap suspek selama lima hari bagi membantu siasatan kes itu,” katanya dipetik Bernama.

Pegawai kanan itu ditahan di sebuah restoran di Taman Prima Saujana, Kajang dekat sini, kira-kira pukul 11.30 pagi semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.
Individu itu dipercayai menerima bayaran berkenaan sebagai dorongan untuk mengesyorkan perlanjutan kontrak sebuah syarikat perkhidmatan kerja pengauditan persijilan antarabangsa untuk kilang sawit di bawah kelolaan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) itu.
-- Bernama

No comments


Loading...