Header Ads

Operasi penyamaran dan sulit, SPRM ‘buka rumah urut’ untuk jejaki penguat kuasa terlibat rasuah


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka rumah urut palsu untuk menjejaki anggota penguat kuasa yang terlibat rasuah.

Timbalan ketua pesuruhjaya operasi SPRM berkata langkah itu dibuat beberapa kali bagi membuktikan ada pelanggaran undang-undang akibat rasuah, lapor Utusan Online.

Loading...

“Untuk membuktikan kesalahan itu memang kita buka satu, dua premis rumah urut,” Datuk Seri Azam Baki, mendedahkan kejayaan Op Jejak dan Op Kota Raya Selasa lalu.

“Terus terang saya katakan dalam operasi penyamaran dan operasi sulit ini, mungkin ada pihak yang terlepas tetapi suatu masa nanti kita akan tangkap juga.”

Beliau mengulas kejayaan SPRM menahan 14 suspek disyaki terlibat sindiket pelacuran yang berselindung di sebalik operasi pusat urut dan dilindungi anggota penguat kuasa.

Azam berkata pihaknya menggunakan sejumlah pegawai terlatih bagi menjayakan dua operasi itu kerana siasatan kes rasuah unik dan sukar mendapatkan saksi.

No comments


Loading...