Header Ads

Mungkin panggil Hadi, SPRM tidak tutup kes cek RM1.4 juta


KUALA TERENGGANU — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menolak kemungkinan memanggil Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam siasatan berhubung dakwaan bayaran RM1.4 juta kepada editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown.

Loading...

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki berkata siasatan kes itu masih berlangsung.
“Cukup saya katakan yang siasatan masih dijalankan SPRM tidak pernah umum kata kes ditutup.

“Akan ada individu lagi yang akan dipanggil untuk bantu siasatan berkenaan memanggil presiden PAS itu kami tak tolak berkemungkinanlah,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pelancaran tayangan video pendek antirasuah di sini semalam.

Media sebelum ini melaporkan pemberian cek RM1.4 juta itu dikatakan bagi penyelesaian luar mahkamah kes saman melibatkan Abdul Hadi. — Bernama

No comments


Loading...