Header Ads

Mukhriz terima anugerah darjah kebesaran kelantan

   Foto oleh Bernama

KOTA BHARU - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir hari ini dianugerahkan Ahli Yang Kehormat Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SJMK) yang membawa gelaran Datuk.

Beliau menerima Darjah Kebesaran itu sempena Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Sultan Muhammad V ke-49 bagi kali Ke-2 yang berlangsung di Istana Balai Besar di sini.

Loading...

Dua lagi penerima Darjah Kebesaran itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan Dan Hubungan Seranta negeri, Datuk Mohd Nassuruddin Daud dan pelakon, Datuk Seri Raja Shah Zurin Raja Aman Shah.

Sementara itu, dua wira negara yang terkorban ketika operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang remaja yang terjatuh ke dalam lombong di Taman Putra Perdana, Puchong, Selangor, 3 Oktober lalu iaitu Allahyarham Pegawai Bomba Kanan (PBK) Izatul Akma Wan Ibrahim dan Allahyarham PBK Muhammad Hifdzul Malik Shaari dianugerahkan Pingat Bakti (PB) atas jasa yang dicurahkan mereka dalam tragedi berkenaan.


Pingat itu diserahkan kepada ibu Muhammad Hifdzul Malik, Wan Kamilah Wan Yaacob manakala Izatul Akma diwakili bapanya, Wan Ibrahim Mat Daud.

Majlis pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang, Pingat dan Surat Kepujian kepada 393 penerima itu disempurnakan oleh Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Faiz Petra. - Bernama

No comments


Loading...